Make your own free website on Tripod.com
it's me
Home | me | kuliah 1 | pEnghAsiLan aLam biNa | pEneMpAtan & pErteMpaTan .... | eLeMen - eLeMen pEngHasiLan | pEngErtiAn mErdeKa | kuLiAh 3 | kuLiAh 4








kuLiAh 4

iSme aPa Yg sAya pEgAngi ? ...

Sesiapa sahaja boleh mengaku dia di dalam kebenaran,
namun untuk mendapatkan kebenaran hakiki perlulah ada
panduan dan pimpinan daripada ALLAH. Lebih lebih lagi
di akhir zaman ini lagilah sulit, dengan terdapat
pelbagai fahaman dan isme yang masing-masing
menyatakan dia benar dan patut diikuti.

Tidak semua orang yang mencari kebenaran memperoleh
kebenaran. Sedikit sahaja orang yang bertemu dengan
kebenaran. Lantaran itulah ALLAh mengingatkan kita
"Sedikit sekali hamba-hamba Aku yang bersyukur."
(as-Saba':13)

Junjungan Mulia ada bersabda yang mafhumnya lebih
kurang: "Di akhirzaman, umatku akan berpecah kepada 73
golongan. Semuanya akan masuk nerka kecuali satu yang
mengikut sunnah aku dan mengikut sunnah Khulafa'
ar-rasyidin(sahabat-sahabat)[ahli Sunnah wal Jamaah]."


Kaedah Mencari Kebenaran

Dalam manusia mencari kebenaran, berbagai-bagai jalan
dtempoh orang. Antaranya ialah;

1. Mengikut orang ramai
2. Mengikut Orang besar
3. Mengikut Ulama-ulama'
4. Mengikut Penguasa negara


Mengikut Orang ramai

A. Tidak semestnya kebenaran itu terletak kepada orang
ramai . Ertinya dengan mengikut orang ramai tidak
akan menjamin dapat menemui kebenaran. Dalam al-Qur'an
ada dinyatakan orang yang berada dalam kebenaran
itu adalah amat sedikit.

B. Mengikut sejarah juga terbukti pengikut-pengikut
kebenaran itu biasanya tida ramai sebagaimana kisah
da'wah Nabi NUh selama 950 tahun yang mana
pengikut-pengikutnya hanya lebih kurang 83 orang
berbanding penentang-penentangnya.


Mengikut Orang Besar

A. Ditolak oleh ALLAH berdasarkan firman-Nya dalam
Kalam Agung, al-Quran yang mafhumnya "Pemuda-pemuda
dari kaum Hud berkata, 'Sesunggunya kami benar-benar
memandang kamu berada kurang akal dan sesunggunya
kami menganggap kamu termasuk orang-orang berdusta.'"


B. Ditolak oleh kenyataan sejarah. Sebagai contoh
kisah yang mana Imam-imam Mujtahid seperti Imam
Syafi'i, Hanbali, Hanafi dn lain-lain ditentang oleh
para pembesar terutam golongan ulama yang
berjawatan di Istana.

Mengikut Ulama'-ulama'

Di akhir zaman ini dinyatakan bahawa para ulamanya
banyaknay yang fasiq. Mafhum sabdaan Baginda, "Akan
belaku diakhir zaman yang ahli ibdahnya jahil dan
ulama'nya fasiq(menjual kebenaran untuk kepentingan
dunia)

Mengikut Penguasa Negara

Kebanyakan pemerintah atau penguasa negara adalah
orang yang fasiq dan zalim.


Kesemua cara di atas, jika diikuti, kita tidak akan
menemui kebenaran. Untuk mencari kebenaran, Imam
Ghazali Rahmatu aliah memberi panduan dengan berkata
"Ikutilah ahli-ahli yang mengikut Rasulullah,
sahabat-sahabat dan para tabi'in(dalam 300 tahun)"
Maknanya, kita hendaklah mengikut kebenaran yang
dibawa oleh mereka yang lahir disekitar 300 tahun
bermula dengan hidupnyanya Junjungan Mulia sehinggalah
zaman para tabi'in(Org yang melihat sahabat) dan tabi'
tabi'in. inilah dikatakan golongan ini dikatakan
Salafussoleh.

Hari ini kita wajib berhati-hati, selalu doa' kepada
ALLAH azza wa jal supaya letakkan diri kita sentiasa
dalam Taufiq dan Hidayah-Nya, dan terhindar dari apa
jua kesesatan, sentiasa beristigfar, tanamkan dalam
jiwa sifat Khouf wa raja' (takut dan harap) agar Kasih
ALLAH sentiasa pada kita, hamba-Nya yang selalu
berbuat dosa ini.

Oh, ALLAH! Letakkan aku ini sentiasa dalam Pimpinan
Mu.

Hamba Allah yang sering berbuat dosa,



' kebenaran tak perlu dicari, buang saja yang tak benar/ bohong/ tipu/ dusta/ palsu/ disimformasi...' (taoisme)
 
' kebenaran wajib dicari..' (truth-seekerisme)
 
' tiada betul,tiada salah' (relativisme)
 
' semua betul ' (altruisme)
 
' semua salah ' (cynicism)